Awra 88 Transport merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan kenderaan berat iaitu lori saiz 1 tan, 3 tan panjang 14 kaki , 3 tan Panjang 17 kaki dan 5 tan panjang 19 kaki. Terdapat juga kenderaan berat lori saiz 10 tan panjang 28 kaki dan 10 tan panjang 30 kaki. Ini hanya terdapat di vendor di bawah seliaan syarikat. Tempat beroperasi di No. 29-G, Jalan Coco Drive 2, Taman Bandar Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tarikh 12.12.2017 dengan hanya memiliki sebuah lori bernombor kenderaan JRV 8444. Oleh kerana permintaan terlalu tinggi dan amat menggalakkan, pihak syarikat telah menambah lagi 2 buah lori iaitu bernombor pendaftaran VAB8444 dan VF8444 yang kini menjadikan jumlah lori yang terkini ialah 3 buah lori dan bakal bertambah di masa akan datang. Mempunyai kekuatan kakitangan yang sangat mahir dan amat berkebolehan seramai 8 orang di syarikat ini. Ternyata mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang kenderaan berat lori dan telah menjayakan syarikat ini mendapat perhatian pelanggan dengan mutu dan kaedah perkhidmatan terbaik yang diberikan.
Dengan beroperasinya syarikat di
Senawang, Negeri Sembilan, syarikat Awra 88 Transport telah menempa nama
sebagai sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewa kenderaan berat lori
dengan harga yang berbaloi kepada para pelanggan. Pihak syarikat telah
menghasilkan sebuah profil syarikat yang bertujuan untuk memberikan informasi
dengan lebih meluas berkenaan segala perkhidmatan yang terdapat di syarikat
ini. Diharap dengan profil syarikat ini mampu meningkatkan permintaan
perkhidmatan daripada para pelanggan agar dapat mencapai objektif syarikat
terutama dalam kalangan pelanggan individu dan organisasi syarikat yang lain.
Syarikat ini juga telah menjalankan usahasama tetap dengan beberapa syarikat
ternama, antaranya syarikat Gintell (M) Sdn Bhd, Gold Cold Transport Sdn Bhd
dan lain-lain.
Setelah lebih setahun menjalankan
perkhidmatan dalam bidang ini, pihak pengurusan syarikat telah pun meningkatkan
mutu perkhidmatan dari pelbagai sudut termasuklah aspek kualiti kenderaan,
prosedur penyewaan dan strategi pemasaran dalam usaha memperkembangkan lagi
perniagaan. Permintaan terhadap kenderaan berat lori sewa adalah sangat
menggalakkan di kawasan seluruh semenanjung Malaysia terutama apabila para
pelanggan individu memerlukan untuk proses pemindahan barang rumah atau kedai
setiap hari. Syarikat Awra 88 Transport memberikan kemudahan kepada para
pelanggan dengan memberikan perkhidmatan dengan cekap dan cepat.
Oleh itu, menjadi suatu kewajipan
bagi syarikat ini untuk membentangkan profil syarikat yang terkini agar selari
dengan perkembangan pertumbuhan semasa. Profil syarikat ini diharapkan dapat
memberi kesan positif kepada strategi pemasaran syarikat Awra 88 Transport demi
memartabatkan industri logistik di negara ini. Kesemua aspek utama perniagaan
syarikat ada dimuatkan di dalam profil ini sebagai rujukan umum para pelanggan
khususnya.